Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 12 Ogos 2019

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS


PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan akaun bank sama ketika pembayaran fasa kedua BSH.
“Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.
“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.
“Ia termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak tanggungan, terhad kepada maksimum empat anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya tanpa had umur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.


Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup.
Share:

Khamis, 8 Ogos 2019

CINTA SEHIDUP SEMATI



MAKASSAR: Kisah cinta abadi bukan sekadar khayalan apabila sepasang suami isteri lanjut usia di Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia pada waktu hampir sama pada Ahad lalu.
Tribunnews melaporkan, kisah pilu berkenaan dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook, Bidan WhanyRannu semalam sebelum ia menjadi tular di media sosial.
Menurutnya, warga emas terbabit, Maimunnah Yunus disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang Ahad manakala suaminya, Batry Selkam turut meninggal selang 12 jam selepas itu.
Hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu mendapat perhatian hingga ia dikongsi sebanyak 4,700 kali. – Agensi

Share:

LELAKI DISYAKI HILANG DI SEMPORNA



SEMPORNA: Seorang lelaki disyaki hilang selepas memasuki hutan bersama dua rakannya di Kampung Siaban, kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri dalam kenyataan berkata, lelaki dianggarkan berumur 30 tahun berkenaan disyaki hilang selepas tidak pulang kerumah manakala dua rakannya telah keluar dari hutan di Kampung berkenaan pada pukul 4 kelmarin.
Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Foto BESTAWAUfm
Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan itu kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.
Sejurus selepas itu, sepasukan 5 anggota diketuai PBK1 Rary Ak Binjie respons ke lokasi.
Difahamkan Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini.


Sumber: #BESTAWAUfm
Share:

SEORANG PEKERJA SESB MELECUR, RAKAN CEDERA



TENOM: Seorang pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melecur manakala rakannya cedera selepas kotak panel elektrik 11 kilovolt (11kv) terbakar di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa Ahmad Kawi Siman, 54, parah akibat melecur 64 peratus manakala Sabdin Kadir, 52, hanya cedera ringan.
Mangsa yang cedera akibat kebakaran pada kotak panel elektrik di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia dibawa ke hospital Tenom untuk rawatan lanjut. Foto Ihsan Pembaca.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tenom menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 petang.
Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian dan dilaporkan kebakaran membabitkan kotak panel elektrik 11kv yang terbakar 10 peratus.
“Api berjaya dipadamkan bagaimanapun terdapat dua mangsa di mana seorang daripadanya parah iaitu melecur dan seorang lagi cedera ringan ketika melakukan kerja penyelenggaraan di pencawang itu,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Khatizah berkata, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Tenom.
“Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.
Mangsa yang cedera akibat kebakaran pada kotak panel elektrik di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia dibawa ke hospital Tenom untuk rawatan lanjut. Foto Ihsan Pembaca.


Berita Harian
Share:

KALAH JUDI, LELAKI IZINKAN SAUDARA & RAKAN PUASKAN NAFSU DENGAN ISTERINYA



Seorang lelaki di India tergamak mempertaruhkan isterinya sendiri ketika berjudi dan apabila tewas, dia memberi keizinan untuk rakan dan saudara maranya merogol mangsa. 
Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tinggal berdekatan dengan Balai Polis Zafarabad di Jaunpur, Uttar Pradesh, India, mendakwa suami berada di pengaruh alkohol pada hari kejadian dan rakannya, Arun serta saudaranya, Anil, kerap datang ke rumah mereka.
 Menurut laporan media tempatan, selepas kejadian itu mangsa terus pergi ke rumah bapa saudaranya. Namun si suami mengekorinya dan cuba memujuk mangsa serta mengakui kesilapannya. 
Mangsa bersetuju untuk pulang semula ke rumah selepas mendengar permohonan maaf dari lelaki itu.
Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, si suami memberhentikan kenderaannya di satu tempat dan mengizinkan rakan-rakannya sekali lagi memperkosa mangsa. 
Pada awalnya, polis enggan menerima laporan polis yang dibuat mangsa, tetapi akhirnya terpaksa juga menerima setelah mangsa membawa perkara itu ke mahkamah. 
Sumber: Daily Mail
Share:

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.