Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Jumaat, 2 Ogos 2019

APA USAHA KERAJAAN NEGERI TERHADAP ANAK TEMPATAN TANPA DOKUMEN

Persidangan Kebangsaan ke-9 Mengenai Bukan Diskriminasi dalam ‘Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan dalam Masyarakat Plural, teks ucapan yang dibaca oleh setiausaha kerajaan negeri telah mengundang salah faham terutama yang mengambil kesempatan berhubung isu pendatang tanpa izin kerana ketua menteri mengambil perhatian terhadap lebih 60K anak-anak tempatan tanpa dokumen dan mengujudkan suasana sosial yang positif terhadap pendatang asing untuk mencari jalan mengatasinya tetapi bukan cara menindas sehingga menimbulkan suasana yang kurang sihat.
Kerajaan Sabah telah bertukar sebanyak empat kali dari (USNO – BERJAYA – PBS – BN) tetapi era kerajaan Warisan adalah satu kerajaan yang benar-benar komited bergerak ke hadapan dan bertanggungjawab untuk mengatasi isu yang terbangkalai ini, yang tidak pernah diambil berat oleh kerajaan terdahulu.
Seawal tertubuhnya kerajaan Warisan telah mengambil langkah-langkah untuk mengaktifkan makahmah bergerak untuk membantu mendokumentasikan orang-orang tempatan tanpa dokumen (surat beranak, mykad dll) terutama mereka yang tinggal di pendalaman (Masih ada ribuan kanak-kanak dari kumpulan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, penduduk Lundayeh yang tinggal di Long Pasia atau di Pantai Timur Sabah di mana ibu bapa gagal mendaftarkan anak-anak mereka yang baru lahir menurut gabungan NGO Sabah (Gannos) lebih 60 ribu anak-anak tempatan tanpa dokumen).
Usaha kerajaan Warisan berterusan untuk tangani pendatang tanpa izin ini dengan memperluaskan operasi ESSCOM untuk mengekang lalu lintas dan pencerobohan PTI di negeri ini. Semua agensi digerakkan umpamanya imigresen, jabatan pendaftaran negara dan keselamatan secara agresif. Saban hari operasi penangkapan dan penghantaran balik ke negara asal mereka kerana kerajaan telah menyediakan ratusan juta ringgit untuk kos penjagaan pusat-pusat tahanan pendatang tanpa izin.
Pihak keselamatan sentiasa menitik berat segala laporan orang awam sehingga tertangkapnya sindikit pemberian surat lahir dan mykad yang berpusat di Semporna.
Usaha kerajaan ini tidak diambil berat oleh pihak pembangkang, tetapi terus-menerus menunding jari malahan membuat fitnah bahawa kononnya kerajaan telah memberi layanan istimewa kepada pendatang tanpa izin ini.
Sebenarnya pembangkang hanya ingin meneguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan dalam isu ini kerana ketandusan idea.
Pembangkang dilihat tidak bijak kerana tidak mampu membawa isu-isu bernas untuk kepentingan rakyat umpamanya bagaimana mencorak negeri ini dalam masa 20 tahun ke hadapan.
Share:
Lokasi: Tawau, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.