Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Selasa, 2 Julai 2019

Enam Pekerja Bot Ditahan Positif Dadah Jenis Syabu


KOTA KINABALU: Enam pekerja bot ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Pelabuhan Selat Selatan, Kota Kinabalu, semalam.
Operasi khas bermula jam 9 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi kali ini menyasarkan bot penambang, bot nelayan pukat tunda, bot nelayan motor dan bot jongkong
Katanya, sepanjang operasi itu sebanyak 22 bot ditahan untuk pemeriksaan secara rawak bagi mengesan juragan bot atau krew yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
“Hasil operasi, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 65 warga tempatan, 28 warga Filipina dan lapan warga Indonesia.
“Hasil ujian saringan awal air kencing di Pangkalan Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, mendapati enam individu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Mohamad Pajeri berkata, enam individu itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Harian Metro
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive