Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Selasa, 2 Julai 2019

Lebih RM55,000 Komisyen Diperolehi Sahabat PTPTN Di Sabah




KOTA KINABALU, 2 Julai – Sejumlah RM55,595 komisyen yang diperolehi oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui program Sahabat PTPTN bagi negeri Sabah telah disalurkan kepada akaun agensi mahupun persatuan yang berdaftar dengan PTPTN.
Pengurus Besar Negeri PTPTN Sabah Muliati Kamaruddin berkata jumlah komisyen itu diterima sehingga Mei lalu daripada Sahabat PTPTN di negeri itu.
“Sahabat PTPTN adalah program yang diinspirasikan oleh PTPTN bagi menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik dalam kalangan agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, koperasi dan pertubuhan sebagai medium menggalakkan pelaksanaan pembayaran balik PTPTN. 
“Selain itu bagi menggalakkan membuka akaun SSPN-i/SSPNi Plus dan menambah deposit melalui potongan gaji,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan Sahabat PTPTN di sini, hari ini.
Sahabat PTPTN adalah program yang disertai agensi kerajaan dan swasta yang membantu melakukan kutipan bayaran balik pembiayaan pendidikan secara potongan gaji dan pembukaan akaun SSPN-i kepada kakitangan masing-masing.
Muliati berkata setakat ini lebih 300 agensi Sahabat PTPTN di Sabah yang aktif antaranya Hospital Keningau, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Beliau berkata  kerjasama itu diperluaskan lagi kepada beberapa agensi dengan menjadikan SSPN sebagai hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
–BERNAMA

Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive