Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Jumaat, 5 Julai 2019

Bapa Tampar Anak Sampai Mata Kiri Tersembul Keluar Dari Soket Mata


Tergamak seorang bapa menampar anak lelakinya dengan kuat sehingga menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar dari soket mata. 
Menurut laporan, kejadian yang mengerikan itu berlaku di Tlaxiaco, Oaxaca, Mexico, kira-kira sebulan lalu.
Mangsa segera dibawa ke hospital oleh ibunya, namun hospital tersebut tidak dapat merawat mangsa kerana kekurangan doktor pakar.
Kanak-kanak yang berusia dua tahun itu dikhuatiri hilang pengelihatan mata kiri. 
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, ibu mangsa memaklumkan terdapat bintik-bintik putih seakan-akan jerawat pada mata kiri anaknya. 
Si bapa kemudian menampar mangsa sehingga mata mangsa mula membengkak akibat trauma periorbicular dan tersembul keluar dari soket mata. 
Pihak hospital percaya, ada tumor di bahagian mata kiri mangsa dan impak dari tamparan itu memburukkan lagi situasi mnagsa. 
Tidak diketahui sama ada suspek telah ditahan atau sebaliknya. 
Sumber: Sinar Harian
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive