
Tidak cukup memerah keringat sewaktu usia muda, kini warga emas ini terpaksa mencari sesuap nasi bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Menerusi laman sosial Twitter, Fifi berkongsi sebuah posting mengenai seorang wanita berusia lingkungan 70-an tertidur ketika menunggu pelanggan datang ke gerainya.
“Korang kalau lalu Marang tu (area Pulau Kerengga), pergi lah cari gerai buah nenek ni.
“Kesian sangat dia, tadi lalu nampak nenek ni tertidur dekat meja dia tunggu pelanggan,” tulisnya.
Gadis itu memuat naik empat keping gambar yang kelihatan warga emas tersebut menjual buah-buahan seperti tembikai, tembikai susu dan buah naga.
Lebih menyedihkan apabila wanita itu terpaksa meninggalkan barang jualan tanpa membawa pulang ke rumah kerana tidak mampu untuk mengangkatnya.
Sampai buah kena curi
Jalan pun banyak kali terjatuh
Tambah Fifi, bagi individu serta penduduk di sekitar Marang, Terengganu yang ingin membantu warga emas berkenaan boleh singgah ke gerai buah-buahan itu berdekatan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang.
Posting tersebut menjadi tular sehingga diulang kicau lebih 13,000 kali dan 5,700 tanda suka serta komen yang rata-rata tersentuh hati melihat keadaan wanita itu.
Patutnya usia macam ni rehat…
Ya Allah kesian aku tengok!
Kalau dekat dah lama beli
Namun ada juga yang berhasrat ingin singgah menjadi pelanggan sekiranya mereka melalui kawasan Marang untuk membeli buah-buahan berkenaan.
Pergi nanti nak singgahlah
Sumber : Fifi
0 ulasan:
Catat Ulasan