Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Jumaat, 26 Julai 2019

Sabah jaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama – Mohd Shafie


KOTA KINABALU,  — Kerajaan negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, termasuk dalam aspek pembahagian bantuan kerajaan kepada masjid mahupun gereja, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya Ketua Menteri Sabah untuk semua kaum dan agama. Saya bukan Ketua Menteri satu kaum atau agama tertentu sahaja,” katanya pada satu persidangan media selepas merasmikan Bangunan Baharu Perpustakaan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan timbalan menterinya Datuk Wilfred Madius Tangau menerusi catatan Facebook baru-baru ini bahawa 38 tahun lalu, seorang pemimpin kerajaan negeri Sabah berada di Tambunan bagi mengadakan upacara pengislaman beramai-ramai secara ugutan.
Catatan Wilfred Madius itu dibuat bagi membandingkan kehadiran Mohd Shafie pada hari yang sama di Tambunan yang memberi peruntukan RM1 juta kepada sebuah gereja di daerah itu, dan ia mengundang pelbagai reaksi beberapa pihak termasuk UMNO Sabah yang mempertikaikan kenyataan itu. 
— BERNAMA
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive