Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 1 Julai 2019

Huawei Umum 50% Diskaun Bermula Hari Ini Selepas Bebas Dari Sekatan


Selepas diumum bebas dari sekatan perdagangan Amerika Syarikat, Huawei mengumumkan berita baik kepada penggunannya apabila menawarkan diskaun mencecah 50 peratus.
Tidak lama selepas Presiden Donald Trump menarik balik sekatan ke atas Huawei, Huawei Malaysia telah mengumumkan jualan diskaun sehingga 50% kepada pembeli yang membuat pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.


Bagaimanapun, syarikat itu tidak memperincikan produk apakah yang terlibat dalam tawaran diskaun berkenaan.


Semalam telah dilaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump secara rasminya telah menarik balik sekatan yang dikenakan oleh A.S ke atas Huawei selepas perjumpaan antara Presiden Trump dengan Presiden China, Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak G20 yand dihoskan oleh Osaka, Jepun.


Bagaimanapun, ‘u-turn’ yang diambil oleh AS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Google antara yang lantang bersuara tentang isu penarikan lesen Android kepada Huawei. Google mengatakan jika Huawei membina sistem operasi mereka sendiri, ia akan lebih mengancam dan membahayakan sekuriti negara.


Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.


Jadi, ini adalah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.


Sumber: New Malaysian Post

Share:
Lokasi: Tawau, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive