Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Selasa, 9 Julai 2019

Remaja Buta Hamil Dirogol Bapa Selepas Ibu Meninggal Dunia


Kerana tidak dapat menahan tahan nafsu sendiri, seorang lelaki tergamak merogol anak kandungnya sendiri berusia 14 tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan dekat daerah Tam Nong, Vietnam.
Menurut The Sun, lelaki tersebut telah kematian isteri pada tahun lalu akibat sakit kanser payudara. Selain menghabiskan duit untuk berjudi, dia juga telah merogol anak perempuannya yang buta sehingga remaja itu hamil.
Perkara itu terbongkar selepas anaknya balik awal dari sekolah dengan alasan dia sakit dan tak larat nak masuk kelas. Dia terpaksa menipu kerana takut cikgu datang ke rumah dan dapat tahu yang dia dah sarat mengandung.
Sebaik sahaja selamat melahirkan seorang bayi perempuan, cikgu dan pihak sekolah bimbang dengan kebajikannya dan meminta agar polis membuat siasatan. Ketika itulah semuanya diketahui apabila ujian DNA membuktikan bahawa lelaki durjana itu merupakan bapa kandung kepada bayi terbabit.
Keluarga itu sangat miskin dan menurut nenek remaja berkenaan, kesemua cucunya terpaksa berkongsi katil di rumah. Menurut neneknya lagi, selain buta cucunya itu juga turut mengalami masalah pembelajaran.
Sumber: The Sun
Selepas kematian isteri, orang kampung yang memberi duit dan makanan kepada lelaki itu dan 4 anaknya tapi, dia pula guna duit tu untuk berjudi
Malah sebelum ni pihak kebajikan ada beri bantuan 400 juta Vietnam Dong (RM71,310) tapi separuh digunakan untuk bayar bil perubatan ibu mereka dan hutang. Separuh lagi pula si bapa gunakan untuk berjudi dan minum arak.
Sumber: The Sun
Difahamkan, pihak berwajib telah pun tampil dan berjanji akan memberi bantuan kepada mangsa rogol itu dan 3 adik perempuan serta seorang adik lelakinya.
Lelaki itu pula dilaporkan berada di bawah tahanan pihak polis namun hukuman yang akan dijatuhkan terhadapnya tidak dinyatakan.
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive