Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Khamis, 25 Julai 2019

KPDNHEP Sabah Rampas 224 Gula-Gula Berasap Seperti Rokok


KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 224 gula-gula ‘Ghost Smoke’ bernilai RM122 dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petagas, Putatan, hari ini.
Pengarahnya, Georgie Abas, berkata siasatan mendapati premis berkenaan mendapat bekalan gula-gula itu daripada pemborong di ibu negeri, manakala pembekal utamanya dari Semenanjung.
“Sejak operasi bermula di seluruh negeri semalam, sebanyak 125 premis diperiksa dan ini premis pertama didapati ada menjual gula-gula berkenaan.
“Pemeriksaan akan diteruskan oleh pegawai KPDNHEP di seluruh negeri dan meminta kerjasama pengguna untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak kami menerusi saluran disediakan atau berhubung terus dengan Pejabat Cawangan KPDNHEP terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.
Katanya, KPDNHEP menyediakan sembilan saluran aduan atau pertanyaan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan atau pertanyaan kepada agensi berkenaan, termasuk portal e-aduan KPDNHEP iaitu https://eaduan.kpdnhep.gov.my/; pusat panggilan1-800-886-800 dan WhatsApp di nombor 019-2794317.
Gula-gula Ghost Smoke yang seolah-olah mengeluarkan asap seperti rokok apabila dimakan, viral dalam laman sosial dan menimbulkan kebimbangan ibu bapa terutama apabila ia membabitkan murid sekolah.
Share:
Lokasi: Tawau, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive