Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 8 Julai 2019

Bayi Tercekik Roti Meninggal Dunia Selepas 4 Hari Menerima Rawatan


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan koma selepas tercekik roti di rumah pengasuhnya pada 1 Julai lalu, telah meninggal dunia. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dari pegawai perubatan di Hospital Serdang. 
“Pegawai perubatan berkenaan memaklumkan kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuhnya pada jam 10 pagi.
 “Pegawai perubatan itu turut menemui cebisan roti semasa proses resusitasi (kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba) berjalan.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 10.39 pagi kelmarin (selepas 4 hari kemudian). 
“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia kerana Hypoxic Ischaemic Encephalopathy dengan kegagalan beberapa organ. 
“Kerosakan otak berlaku apabila bayi berkenaan tidak memperoleh okisgen dan aliran darah secukupnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap pengasuh bayi berkenaan. 
Sumber: Harian Metro
Share:
Lokasi: Tawau, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive