
Kami kongsikan semula kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai isu sewaan lot parkir khas. Penyewa lot parkir khas untuk kemudahan premis perniagaan daripada DBKL hanya sah bagi tempoh waktu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin sehingga hari Sabtu. Selepas jam 6.00 petang, hari Ahad dan cuti umum lot parkir tersebut adalah terbuka kepada orang awam. Pun begitu, masih ramai penyewa parkir khas ini yang membina atau meletakkan penghadang bagi mengelakkan orang lain meletakkan kenderaan selepas tempoh yang dibenarkan. Tetapi harus diingati, bukan semua tempoh masa sewaan adalah sama. Ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lokasi terbabit. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberikan tempoh yang lebih lama kepada penyewa parkir khas berbanding DBKL iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Tujuan posting kali ini adalah lebih kepada perkongsian info bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Walaupun isu parkir nampak remeh, tapi terkesan juga segelintir individu yang hilang sabar sehingga melakukan jenayah. Mungkin dengan sedikit perkongsian ilmu ini memudahkan penyaluran maklumat dan kesedaran awam mengenai hak dan tanggungjawab bersama.
0 ulasan:
Catat Ulasan