Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 22 Julai 2019

Bersatulah Rakyat Sabah, Jangan Gaduh Pasal Bangsa & Agama – Shafie


TAMBUNAN: Perbalahan tentang isu agama dan bangsa perlu dielakkan demi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua kaum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pergaduhan tentang kedua-dua perkara itu hanyalah sia-sia jika akhirnya rakyat tetap menderita kerana pemimpin yang dilantik tidak melakukan kerja.
“Jangan berpecah, jangan berbalah antara orang Islam dengan Kritsian, Dusun dengan Bajau atau dengan kaum Kedayan, kita semuanya orang Sabah jangan buang masa gaduh pasal agama.
“Tiada gunanya kita bergaduh pasal bangsa pasal agama tetapi kita tiada kerja, anak tiada rumah, tiada tanah dan tiada duit, apa erti kita hari-hari berteriak sana sini itu agama saya itu bangsa saya ini tiada guna,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Pisompuruan Square hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick serta pimpinan negeri dan kira-kira 4,000 rakyat Tambunan daripada pelbagai kaum.
Mohd. Shafie berkata, isu agama dan perkauman sepatutnya tidak wujud sebaliknya rakyat perlu menerima pemimpin yang dilantik asalkan individu tersebut mampu menunaikan amanah dengan baik demi rakyat.
Beliau memberikan contoh di Semporna apabila Pegawai Daerah yang dilantik berasal dari Tambunan dan merupakan penganut Kristian sedangkan kawasan berkenaan adalah majoriti Islam, namun disebabkan kemampuannya berkerja maka pelantikan berkenaan dilakukan.
“Kita tahu dalam hati kita sayang bangsa, agama kita tetapi itu urusan dengan Tuhan, kita juga tahu rakyat Sabah perlu bersatu jangan berpecah kerana kalau berpecah kita tidak dapat bangunkan negeri.
“Kalau kita bersatu kita boleh majukan Tambunan, Keningau dan negeri Sabah, tiada guna wakil rakyat bangsa kita sendiri kalau tidak pandai buat kerja,” tegasnya.
Share:
Lokasi: Tambunan, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive