Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Rabu, 17 Julai 2019

“Mahu Cari Kerja Di Sini”…Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Cuba Masuk Ke Sabah



TAWAU,16 Julai: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua lelaki warga asing yang cuba masuk ke negara ini secara haram dengan manaiki bot penambang di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imegresen dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini , pagi tadi.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, lelaki berumur 20 dan 21 tahun itu ditahan pada 9.00 pagi selepas diperiksa anggota bertugas Ops Gelora kerana berkeadaan mencurigakan.
“Operasi yang tertumpu di bahagian kenaikan laut CIQ Lama itu mendapati dua lelaki berkeadaan mencurigakan mendarat di kawasan terbabit dengan menggunakan bot penambang dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik.
“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah untuk berada di negara ini selain pengakuan lisan mendapati mereka masuk ke negara ini bagi mencari pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kedua-dua tahanan dibawa balik ke Pangkalan PPM Tawau dan kes akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive