Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 8 Julai 2019

Gempa Sulawesi, Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami hari ini selepas tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda dilaporkan susulan gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud yang menggegarkan pantai di timur laut pulau Sulawesi.
Gempa bumi yang berlaku semalam pada kedalaman 36 kilometer (km) itu turut diikuti beberapa gegaran susulan kecil, kata agensi geofizik (BMKG).
Gegaran yang turut menggoncang bangunan itu membimbangkan sebahagian penduduk di beberapa bandar di sini dan memaksa pihak berkuasa mengarahkan mereka berpindah ke kawasan lebih tinggi.
Jurucakap agensi mencari dan menyelamat, Yusuf Latif berkata gegaran kali ini agak kuat dan lama.
“Tiada kerosakan mahupun kematian dilaporkan di Ternate, bandar yang paling hampir dengan pusat gempa,” katanya.
Tetapi sebahagian hospital di Ternate, kira-kira 130 km dari pusat gempa, mengalami kerosakan kecil dan terpaksa memindahkan pesakitnya, kata media.
Gegaran paling kuat dirasai selama beberapa saat berhampiran kawasan bandar pelancongan tepi pantai di Manado, namun tiada kerosakan dilaporkan, kata penduduk. – Reuters
Share:
Lokasi: Jakarta, Indonesia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive