Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Isnin, 12 Ogos 2019

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS


PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan akaun bank sama ketika pembayaran fasa kedua BSH.
“Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.
“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.
“Ia termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak tanggungan, terhad kepada maksimum empat anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya tanpa had umur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.


Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup.
Share:

Khamis, 8 Ogos 2019

CINTA SEHIDUP SEMATI



MAKASSAR: Kisah cinta abadi bukan sekadar khayalan apabila sepasang suami isteri lanjut usia di Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia pada waktu hampir sama pada Ahad lalu.
Tribunnews melaporkan, kisah pilu berkenaan dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook, Bidan WhanyRannu semalam sebelum ia menjadi tular di media sosial.
Menurutnya, warga emas terbabit, Maimunnah Yunus disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang Ahad manakala suaminya, Batry Selkam turut meninggal selang 12 jam selepas itu.
Hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu mendapat perhatian hingga ia dikongsi sebanyak 4,700 kali. – Agensi

Share:

LELAKI DISYAKI HILANG DI SEMPORNA



SEMPORNA: Seorang lelaki disyaki hilang selepas memasuki hutan bersama dua rakannya di Kampung Siaban, kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri dalam kenyataan berkata, lelaki dianggarkan berumur 30 tahun berkenaan disyaki hilang selepas tidak pulang kerumah manakala dua rakannya telah keluar dari hutan di Kampung berkenaan pada pukul 4 kelmarin.
Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Foto BESTAWAUfm
Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan itu kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.
Sejurus selepas itu, sepasukan 5 anggota diketuai PBK1 Rary Ak Binjie respons ke lokasi.
Difahamkan Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini.


Sumber: #BESTAWAUfm
Share:

SEORANG PEKERJA SESB MELECUR, RAKAN CEDERA



TENOM: Seorang pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melecur manakala rakannya cedera selepas kotak panel elektrik 11 kilovolt (11kv) terbakar di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa Ahmad Kawi Siman, 54, parah akibat melecur 64 peratus manakala Sabdin Kadir, 52, hanya cedera ringan.
Mangsa yang cedera akibat kebakaran pada kotak panel elektrik di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia dibawa ke hospital Tenom untuk rawatan lanjut. Foto Ihsan Pembaca.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tenom menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 petang.
Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian dan dilaporkan kebakaran membabitkan kotak panel elektrik 11kv yang terbakar 10 peratus.
“Api berjaya dipadamkan bagaimanapun terdapat dua mangsa di mana seorang daripadanya parah iaitu melecur dan seorang lagi cedera ringan ketika melakukan kerja penyelenggaraan di pencawang itu,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Khatizah berkata, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Tenom.
“Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.
Mangsa yang cedera akibat kebakaran pada kotak panel elektrik di sebuah pencawang elektrik di Kampung Bahagia dibawa ke hospital Tenom untuk rawatan lanjut. Foto Ihsan Pembaca.


Berita Harian
Share:

KALAH JUDI, LELAKI IZINKAN SAUDARA & RAKAN PUASKAN NAFSU DENGAN ISTERINYA



Seorang lelaki di India tergamak mempertaruhkan isterinya sendiri ketika berjudi dan apabila tewas, dia memberi keizinan untuk rakan dan saudara maranya merogol mangsa. 
Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tinggal berdekatan dengan Balai Polis Zafarabad di Jaunpur, Uttar Pradesh, India, mendakwa suami berada di pengaruh alkohol pada hari kejadian dan rakannya, Arun serta saudaranya, Anil, kerap datang ke rumah mereka.
 Menurut laporan media tempatan, selepas kejadian itu mangsa terus pergi ke rumah bapa saudaranya. Namun si suami mengekorinya dan cuba memujuk mangsa serta mengakui kesilapannya. 
Mangsa bersetuju untuk pulang semula ke rumah selepas mendengar permohonan maaf dari lelaki itu.
Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, si suami memberhentikan kenderaannya di satu tempat dan mengizinkan rakan-rakannya sekali lagi memperkosa mangsa. 
Pada awalnya, polis enggan menerima laporan polis yang dibuat mangsa, tetapi akhirnya terpaksa juga menerima setelah mangsa membawa perkara itu ke mahkamah. 
Sumber: Daily Mail
Share:

KEBAIKAN MENANAM LIDAH MERTUA ATAU LIDAH JIN, BOLEH SERAP RACUN DALAM UDARA, POKOK INI WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

Tanaman lidah jin

Tanaman lidah mertua merupakan tanaman hias yang mempunyai tinggi 0,4 m sampai 1,8 m. Batang tanaman lidah mertua berbentuk rimpang yang berwarna kekuningan.
Daun tanaman lidah mertua tunggal, berdaun tebal dengan duduk daun berkarang, berdaging berbentuk seperti pedang dengan ujung daun lancip. Daun tanaman lidah mertua berwarna hijau tua dengan corak putih dan kuning. Bunga tanaman lidah mertua ini majemuk berbentuk tandan dengan panjang 85 cm.
Akar tanaman lidah mertua berserabut berwarna putih kecoklatan. Bunga tanaman lidah mertu muncul dari ujung akar rimpang berwarna putih kekuningan.
Buah tanaman lidah mertua berbentuk bulat telut berwarna hijau. Biji tanaman lidah mertua berbentuk bulat seperti telur berwarna hitam. Tanaman lidah mertua hidup dengan air yang sedikit dengan sinar matahari yang cukup. Habitat tanaman lidah mertua berada pada dataran rendah dan tinggi. Cara budidaya tanaman lidah mertua menggunakan stek daun.

Kandungan Tanaman Lidah Mertua

Tanaman lidah mertua mengandung zat aktif pregnane glikosid, abamagenin, kardenolin, saponin, dan polifenol.

Bagian Tanaman Lidah Mertua yang Digunakan

  • Daun, Batang dan akar.
  • Manfaat dan Khasiat Tanaman Lidah Mertua Bagi Kesehatan
  • Tanaman lidah mertua digunakan sebagai obat batuk flu.
  • Tanaman lidah mertua berkhasiat untuk mengobati luka digigit ular.
  • Tanaman lidah mertua sebagai obat antiseptik.
  • Tanaman lidah mertua bermanfaat untuk menghilangkan bau tidak sedap dalam ruangan.
  • Tanaman lidah mertua untuk mengobati penyakit darah tinggi.
  • Tanaman lidah mertua berguna untuk mengobati penyakit diabetes atau kecing manis.
Tanaman lidah mertua adalah tanaman yang sering kita jumpa disekeliling kita.
Sansevieria Trifasciata Prain
boleh serap racun dalam udara, pokok ini wajib ada di setiap rumah
Tanaman yang berasal dari Afrika ini dikenali dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata Prain,atau bahasa Inggerisnya Snake Plant, mempunyai daun keras, panjang hujung yang dan tajam mirip pedang.
Sansevieria Trifasciata Prain
boleh serap racun dalam udara, pokok ini wajib ada di setiap rumah
Selain berfungsi sebagai hiasan dalam rumah, pokok ini dikatakan mampu menyerap bahan beracun dalam udara, seperti karbon dioksida, benzene, formaldehyde, dan trichloroethylene.
boleh serap racun dalam udara, pokok ini wajib ada di setiap rumah
Sansevieria Trifasciata Prain
Pokok lidah mertua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kurang enak dalam rumah, selain berguna untuk mengubati penyakit darah tinggi dan diabetes.
Siapa ada pokok ni dekat rumah?
Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat dan saudara kita yang lai
Share:

NAJIB DEDAH PEJABATNYA PERNAH TERIMA ANCAMAN PELURU


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pernah menerima ancaman peluru, yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno Bahagian Pekan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Najib berkata, penembak yang tidak dikenali dan masih bebas itu menggunakan senjata jenis sniper dan menyasarkan pada sudut cermin pejabat Umno Pekan pada jarak 200 meter.

“Setahun lebih sebelum pilihan raya umum ada penembak tepat yang tembak peluru ke bilik saya di Umno Bahagian Pekan.

“Dia hendak hantar mesej kepada saya, sedangkan tahu saya tidak ada di sana. Dia (penembak) itu hantar peluru pada sudut cermin. Peluru itu ditembak pada jarak 200 meter.

“Polis masih tidak dapat kesan siapa pelaku. Senapang yang digunakan adalah jenis “long range”,” katanya dalam Wacana Ilmu Hard Truth: “Cash is king” di Menara Datuk Onn malam ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian menjawab soalan yang diajukan kepadanya, mengenai perubahan pendekatan yang digunakannya selepas tewas pada pilihan raya umum lalu dan sewaktu beliau menjawat tugas sebagai Perdana Menteri.

“Ada orang tanya kenapa saya lain, sewaktu jadi Perdana Menteri dan selepas tidak mempunyai jawatan. Saya katakan jawatan Perdana Menteri ini susah. Ada protokol yang perlu saya ikuti.

“Saya dikongkong seolah-olah ada pagar mengelilingi saya, sedangkan itu bukanlah kehendak saya. Sekarang ini tidak mengapa, hendak letak tangah atas bahu pun tidak ada masalah, jangan raba sudah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib turut menjelaskan mengenai isu kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas).

Menurutnya, beliau setuju dengan pembinaan kilang berkenaan namun khuatir dengan sisa dari syarikat itu.

“Soal Lynas kita tidak boleh lari dari pendirian kita dahulu. Saya sebagai Perdana Menteri dahulu, saya sokong Lynas beroperasi di Malaysia. Tetapi saya khuatir sikit dengan sisa-sisa.

“Masa itu, saya fikir kalau ada cara sisa itu dibawa keluar, itu cara yang terbaik. Jadi rakyat akan rasa selamat, lebih yakin. Namun tidak ada ancaman, ia dibuat pembangkang sahaja,” katanya.

Najib berkata, rakyat ketika ini perlu menuntut pemimpin Pakatan Harapan (PH) melaksanakan janjinya sebelum ini, yang membantah operasi Lynas di dalam negara.

“Saya tuntut mereka letak jawatan sekarang ini, sebab mereka sudah tipu rakyat terutamanya Ahli Parlimen Kuantan dan Ahli Parlimen Bentong. Mereka ini kena letak jawatan, sebab sudah tipu rakyat.

“Jika ada maruah, letaklah jawatan tetapi saya tidak rasa mereka mempunyai maruah. Bagi PH, maruah ini soal yang tidak penting, sebab itu mereka boleh buat pusingan U, semua boleh buat,” katanya. - Sinar Harian
Share:

Selasa, 6 Ogos 2019

TERUK DIPUKUL TEMAN LELAKI DAYUS, PELAJAR 13 TAHUN INI BUAT LAPORAN POLIS


Walaupun baru menjalinkan hubungan cinta sebagai kekasih, dah ada yang berani ‘naik tangan’ terhadap pasangan masing-masing. Tu belum kahwin lagi, tak tau la apa nak jadi.
Itu terjadi kepada seorang pelajar perempuan ini apabila dikatakan telah menjadi mangsa pukul teman lelakinya hingga mendatangkan kecederaan teruk di bahagian bibir.
Remaja tersebut yang juga merupakan seorang instafamous, Amalin menjadi tular di laman Twitter gara-gara sikap panas baran teman lelakinya itu yang bertindak untuk memukul tanpa berfikir secara waras.

Hati-hati gadis semua!

Melalui laman Instagram miliknya, pelajar berusia 13 tahun itu juga ada memuat naik beberapa posting berkaitan dengan kejadian tersebut.
“Terima kasih lah kepada yang talam tu, fitnah la lagi okey banyak banyak. Buat kat aku tak apa, aku maafkan.
“Jangan buat dekat orang lain, aku ni bukannya baik sangat tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh. Lagi satu jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul. You better move on,” tulisnya.
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi. Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okey. 
“BTW thanks you for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble.
“I really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni.  girls take care of yourself okay, jangan jadi macam kita,” katanya.

Instafamous pun kena pukul?

Tinggalkan je laki macam ni…

Tergamak pukul anak dara orang!

Perghhh lelaki dayus!

Walau bagaimanapun, laporan polis yang dibuat sebelum ini telah ditarik balik oleh remaja perempuan tersebut. Mungkin dah jumpa jalan penyelesaian?
Biasa la, peringkat remaja ni banyak konflik identiti diri, dengan kekasih hati lagi. Tak berapa nak jelas mengenai kejadian yang berlaku antara mereka, tapi lebih baik kalau adik-adik belajar habis dulu ya!
Share:

Isnin, 5 Ogos 2019

FACEBOOK & INSTAGRAM TIDAK DAPAT DIAKSES


Facebook dan Instagram akhir-akhir ini telah menghadapi masalah untuk diakses beberapa kali, dan hari ini, ia berlaku lagi sekali.
Ratusan pengguna kini menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan sosial berkenaan. Kedua-dua laman berkenaan memaparkan notis yang mana mereka menghadapi masalah teknikal, dan ia dijangka akan diselesaikan secepat mungkin.
Buat masa ini, perkhidmatan WhatsApp dilihat tidak terjejas dan boleh digunakan tanpa masalah.
Share:

Jumaat, 2 Ogos 2019

APA USAHA KERAJAAN NEGERI TERHADAP ANAK TEMPATAN TANPA DOKUMEN

Persidangan Kebangsaan ke-9 Mengenai Bukan Diskriminasi dalam ‘Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan dalam Masyarakat Plural, teks ucapan yang dibaca oleh setiausaha kerajaan negeri telah mengundang salah faham terutama yang mengambil kesempatan berhubung isu pendatang tanpa izin kerana ketua menteri mengambil perhatian terhadap lebih 60K anak-anak tempatan tanpa dokumen dan mengujudkan suasana sosial yang positif terhadap pendatang asing untuk mencari jalan mengatasinya tetapi bukan cara menindas sehingga menimbulkan suasana yang kurang sihat.
Kerajaan Sabah telah bertukar sebanyak empat kali dari (USNO – BERJAYA – PBS – BN) tetapi era kerajaan Warisan adalah satu kerajaan yang benar-benar komited bergerak ke hadapan dan bertanggungjawab untuk mengatasi isu yang terbangkalai ini, yang tidak pernah diambil berat oleh kerajaan terdahulu.
Seawal tertubuhnya kerajaan Warisan telah mengambil langkah-langkah untuk mengaktifkan makahmah bergerak untuk membantu mendokumentasikan orang-orang tempatan tanpa dokumen (surat beranak, mykad dll) terutama mereka yang tinggal di pendalaman (Masih ada ribuan kanak-kanak dari kumpulan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, penduduk Lundayeh yang tinggal di Long Pasia atau di Pantai Timur Sabah di mana ibu bapa gagal mendaftarkan anak-anak mereka yang baru lahir menurut gabungan NGO Sabah (Gannos) lebih 60 ribu anak-anak tempatan tanpa dokumen).
Usaha kerajaan Warisan berterusan untuk tangani pendatang tanpa izin ini dengan memperluaskan operasi ESSCOM untuk mengekang lalu lintas dan pencerobohan PTI di negeri ini. Semua agensi digerakkan umpamanya imigresen, jabatan pendaftaran negara dan keselamatan secara agresif. Saban hari operasi penangkapan dan penghantaran balik ke negara asal mereka kerana kerajaan telah menyediakan ratusan juta ringgit untuk kos penjagaan pusat-pusat tahanan pendatang tanpa izin.
Pihak keselamatan sentiasa menitik berat segala laporan orang awam sehingga tertangkapnya sindikit pemberian surat lahir dan mykad yang berpusat di Semporna.
Usaha kerajaan ini tidak diambil berat oleh pihak pembangkang, tetapi terus-menerus menunding jari malahan membuat fitnah bahawa kononnya kerajaan telah memberi layanan istimewa kepada pendatang tanpa izin ini.
Sebenarnya pembangkang hanya ingin meneguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan dalam isu ini kerana ketandusan idea.
Pembangkang dilihat tidak bijak kerana tidak mampu membawa isu-isu bernas untuk kepentingan rakyat umpamanya bagaimana mencorak negeri ini dalam masa 20 tahun ke hadapan.
Share:

WAHAI ISTERI, JIKA SUAMI TEGUR CARA PAKAIAN KAMU, TERIMALAH TEGURAN DIA


Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.


Share:

KERAJAAN SABAH PANDANG SERIUS ISU DOKUMENTASI DAN KEWARGANEGARAAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memandang serius isu mengenai dokumentasi dan kewarganegaraan di kalangan penduduk tempatan memandang masih ramai, khususnya di kalangan penduduk luar bandar yang masih belum memiliki taraf kewarganegaraan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal.
Katanya beliau pasti tidak ada satu kaum etnik pun di Sabah yang terkecuali daripada berhadapan dengan isu ini, di mana dalam kebanyakan kes biasanya ia berkaitan pendaftaran yang tidak berlaku di waktu yang tepat, sekaligus menuntut usaha gigih pihak berkaitan untuk menanganinya, bagi mengelak timbulnya pelbagai masalah di masa hadapan.
“Mungkin kini terdapat ribuan penduduk, khususnya kanak-kanak dari kumpulan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, atau dari kaum Lundayeh yang tinggal di Long Pasia, atau mereka yang berada di perairan timur Sabah, di mana ibu bapa gagal mendaftar anak mereka yang baru dilahirkan.
“Saya telah mengarahkan pelbagai agensi yang berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan cawangan-cawangan Parti Warisan Sabah untuk membantu,” katanya dalam ucapan beliau di Persidangan Nasional ke-9 Mengenai Tiada Diskriminasi “Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan dalam Masyarakat Plural’, di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan.
Persidangan sehari anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Institut Kajian Pembangunan Sabah itu disertai 134 peserta dari kalangan aktivis, NGO dan juga pemimpin-pemimpion komuniti.
Mohd Shafie berkata menurut Gabungan NGOs Negeri Sabah, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 individu di Sabah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri walaupun mereka berasal dari Sabah.
Beliau berkata kerajaan Sabah akan mengukuhkan komitmen dalam memberikan taraf kewarganegaraan kepada setiap kanak-kanak yang tidak di dokumentasi yang dilahirkan di Sabah bagi memastikan masa depan mereka lebih stabil dan terhindar dari sebarang gejala jenayah.
Sementara itu Mohd Shafie berkata penduduk Sabah merasa risau dengan kehadiran pendatang asing tanpa izin yang mungkin tidak lama lagi jika tidak dibendung, akan mengambil alih populasi rakyat tempatan, dan mereka juga bimbang kehilangan kuasa ekonomi serta hak keatas tanah kepada pendatang asing ini.
Mohd Shafie juga meminta supaya semua pihak termasuk NGO dan pemimpin tempatan supaya menghentikan sebarang sentimen negatif dan sama-sama bersatu berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan Sabah sebagai negeri yang boleh dijadikan sebagai contoh teladan kepada negeri lain.

Share:

Khamis, 1 Ogos 2019

LEHER TERTUSUK ANAK PANAH


REMAJA lelaki terpaksa menahan seksa hampir sejam selepas lehernya tertusuk anak panah senapang ikan dalam kejadian di Sungai Iran, Song, di Kapit, malam tadi.
Mangsa berusia 18 tahun itu sebelum itu dikatakan pergi mencari ikan bersama dua rakannya di sungai berkenaan kira-kira 11 malam.
Ketika mangsa mahu melepaskan tembakan kepada sasaran, anak panah itu terkena kayu sebelum melantun dan menusuk lehernya.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ketika dihubungi berkata, pihaknya bergegas ke Klinik Kesihatan Daerah Song untuk membantu mengeluarkan anak panah terbabit.
“Mangsa dihantar ke klinik itu dan kami menerima panggilan kecemasan jam 11.29 malam.
“Enam anggota dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan anak panah yang tertusuk pada leher mangsa,” katanya.
Menurut jurucakap, sebaik tiba di klinik terbabit, pihaknya mendapati anak panah sepanjang 60 sentimeter tertusuk leher mangsa.
“Pihak kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan anak panah itu menggunakan ‘bolt cutter’.
“Nasib baik anak panah itu hanya tertusuk tepi leher mangsa dan tidak mendatangkan kecederaan teruk,” katanya.
Tambah jurucakap itu, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak klinik untuk rawatan lanjut. - Harian Metro
Share:

KONTRAKTOR PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH DIARAH CUCI JALAN BERLUMPUR


KOTA KINABALU: Kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah diarah mencuci jalan dikotori tanah dan lumpur akibat dilalui lori pengangkut tanah yang menjalankan kerja penimbusan bagi melebarkan laluan sedia ada untuk projek itu.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Richard Jomiji Kinsil, berkata kontraktor turut diarah mencuci terlebih dahulu tayar kenderaan yang bertanah dan berlumpur sebelum memasuki jalan raya.
Beliau berkata, surat amaran turut dikeluarkan terhadap semua kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, khususnya di laluan yang memerlukan kerja penimbusan bermula dari Kimanis ke Bongawan, Membakut dan Beaufort.
“Jalan raya di kawasan terbabit kotor disebabkan lori kontraktor yang menggunakan jalan itu dengan tayar yang bertanah dan berlumpur.
“Kita sudah arahkan mereka untuk mencuci terlebih dahulu di `wash bay’ sebelum memasuki jalan raya awam. Mereka tidak dibenarkan masuk ke jalan awam dengan tayar yang penuh dengan lumpur, surat amaran juga akan dikeluarkan.
“Kami (JKR) juga sudah arah mereka untuk cuci jalan terbabit,” katanya ketika diminta mengulas rungutan pengguna jalan raya di laluan antara Kimanis ke Beaufort yang dikotori tanah selain licin ketika hujan.
Keadaan itu turut didakwa menjadi punca beberapa kemalangan yang membabitkan kenderaan terbabas selepas gagal dikawal pemandu akibat jalan raya berlumpur dan licin, khususnya ketika hujan.
Ketika ini, pelaksanaan fasa pertama sepanjang 706 kilometer projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bernilai RM12.8 bilion masih dikendalikan di bawah penyeliaan syarikat penyampai projek (PDP), Borneo Highway PDP Sdn Bhd.
Sejak dilancarkan pada April 2016, sebanyak 12 daripada 35 pakej pembinaan keseluruhan sudah diserahkan kepada kontraktor, kebanyakannya membabitkan laluan menghubungkan Sindumin ke Beaufort, Papar dan Penampang, selain Putatan ke Inanam, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.
Sebahagian besar pelaksanaan projek itu di pantai barat, khususnya di antara Papar dan Beaufort serta Sipitang memerlukan kerja penimbusan berikutan kedudukan laluan di kawasan tanah berpaya.
JKR dijadual mengambil alih pelaksanaan lebuh raya itu pada September ini berikutan keputusan kerajaan untuk menamatkan kontrak syarikat PDP.
Share:

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.