Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Jumaat, 21 Jun 2019

Arak Pelbagai Jenama Bernilai RM243,915 Dirampas Di Kudat


KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan satu sindiket penyeludupan minuman keras tanpa cukai dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kudat-Sikuati, Kudat, semalam.
Serbuan 7.30 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) dalam Op Landai Khas mencegah penyeludupan minuman keras.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil serbuan pihaknya berjaya merampas beberapa jenis minuman keras pelbagai jenama.
Katanya, semua minuman keras itu disembunyikan dalam rumah berkenaan tanpa penjaga selepas pemantauan selama dua hari dijalankan anggota PPM.
“Hasil serbuan, polis berjaya menemui 8,160 tin dan 2,460 pelbagai jenis botol minuman keras dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM243,915 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Tiada tangkapan dilakukan walaupun pemantauan pasukan serbuan selama 48 jam di rumah berkenaan. Tiada sebarang individu yang memasuki atau berada di kawasan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya rampasan kali ini berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai di daerah Kudat.
Katanya, semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, iaitu memiliki dan menyimpan barangan tidak bercukai.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Mohamad Pajeri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat terutama aktiviti penyeludupan bagi membanteras kegiatan yang hanya merugikan kerajaan. – Harian Metro
Share:
Lokasi: 89050 Kudat, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive