Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Jumaat, 21 Jun 2019

Remaja Bunuh Kawan Karib Selepas Ditawarkan RM37.4 Juta


LOS ANGELES: Seorang remaja didakwa merancang pembunuhan rakan baiknya selepas seorang lelaki yang dikenali dalam talian menawarkan AS$9 juta (RM37.4 juta) untuk melakukan jenayah itu.
Menurut pegawai penyiasat, Denali Brehmer, remaja berusia 18 tahun dari Alaska itu direkrut untuk membunuh rakannya oleh Darin Schilmiller, 21, dari Indiana. Schilmiller yang mengenali Brehmer dalam talian menggunakan identiti palsu sebagai seorang jutawan bernama ‘Tyler’.
Schilmiller menjanjikan habuan bernilai AS$9 juta (RM37.4 juta) kepada Brehmer untuk setiap rakaman video atau gambar serangan yang diserahkan kepadanya.
Brehmer kemudian merekrut empat lagi remaja dan menjadikan rakan baiknya, Cynthia Hoffman sebagai mangsa.
Pada 2 Jun lalu, Hoffman, 19, diajak melakukan aktiviti mendaki di timur laut Anchorage. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, remaja itu diikat dengan pita pelekat dan ditembak di belakang kepala, sebelum dihumban ke dalam sungai. Mayat Hoffman hanya ditemui pada 4 Jun lalu.
Pada Jumaat lalu, juri sepakat memutuskan keenam-enam defendan didakwa melakukan pembunuhan dengan niat, merancang melakukan pembunuhan dengan niat, dua pertuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan beberapa pertuduhan lain.
Mereka berdepan hukuman penjara 99 tahun untuk setiap tuduhan membunuh. – AFP
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive