Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Selasa, 25 Jun 2019

Juragan, Pembantu Bot Penumpang Ditahan Selepas Gagal Tujuk Lesen Operasi


TAWAU; 25 JUN 2019 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan juragan dan pembantu bot warga tempatan selepas gagal mengemukakan dokumen lesen bot penumpang diperairan Tawau, ahad lepas.
Timbalan Pengarah Zon Operasi Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin dalam kenyataan berkata, mereka ditahan selepas bot yang membawa 33 penumpang itu dalam perjalanan menuju ke Wallace Bay dari Pelabuhan Tawau, kira-kira pukul 3.30 petang.
Katanya, kesemua penumpang bagaimanapun tidak ditahan kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Lelaki berumur 31 dan 19 tahun dan bot penumpang yang ditahan kemudian diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) Tawau untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.


Sumber : #BESTAWAUfm
Share:
Lokasi: Tawau, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive