Catatan Yang Ditampilkan

BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA AKAN DIBAYAR MULAI 28 OGOS

PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima deng...

Khamis, 20 Jun 2019

Christina Sokong Cadangan Pemindahan Kem Tentera Ke Lahad Datu


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menyokong cadangan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal supaya memindahkan markas pangkalan Kem Tentera Lok Kawi ke kawasan pantai timur negeri ini.
Beliau berkata, cadangan supaya menempatkan lebih banyak aset ketenteraan laut di pantai timur juga perlu disokong bagi mengelak ancaman keselamatan yang berulang dari negara jiran.
Menurutnya, pemindahan itu adalah satu langkah tepat memandangkan kemasukan pelancong dari negara China, Korea Selatan serta negara lain semakin menarik minat banyak pelaburan asing ke Sabah.
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, pemindahan Kem Tentera Lok Kawi adalah satu tindakan yang penting ke arah meningkatkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah.
“Usaha ini bagi memastikan keselamatan penduduk setempat dan pelancong yang mengunjungi pulau dan resort di luar pesisir kawasan berkenaan.
“Ia juga satu keperluan mendesak untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan pelabur sekali gus meningkatkan aspek keselamatan secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, industri pelancongan yang membangun di Sabah tidak mudah terjejas memandangkan ia penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Justeru, jelasnya, menerusi pengukuhan infrastruktur pertahanan, diharap kejadian penculikan tidak lagi akan berlaku di negeri ini.
Pada Selasa, Shafie yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah mahu kekuatan pasukan keselamatan di pantai timur Sabah diperkasakan kerana keperluan di kawasan itu lebih tinggi berbanding di Kem Tentera Lok kawi. – Utusan Borneo
Share:
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

BTemplates.com

Arkib Blog

BahNews - Aduan Orang Kita. Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive