KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami detik cemas apabila ‘gigi gear’, yang dipercayai gear basikal, terlekat pada kemaluannya, sehingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membawanya ke hospital, supaya besi itu dapat dipotong tanpa mencederakannya dengan bantuan doktor.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata lelaki itu datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, dekat Kuala Krai, yang berhampiran dengan tempat tinggalnya pada kira-kira pukul 3.14 petang tadi bagi mendapatkan bantuan.
Beliau berkata petugas bomba kemudiannya membawa lelaki itu ke Hospital Kuala Krai, dan dengan bantuan pihak hospital, besi itu berjaya dipotong kira-kira 20 minit kemudian menggunakan alat pemotong khas.
“Lelaki yang berasal dari Batu Jong, Kuala Krai itu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Sebaik sahaja besi itu berjaya dipotong, lelaki berkenaan dibenarkan pulang,” katanya.
HARI INI MENJADI VIRAL DI FACEBOOK ORANG SABAH MENGENAI DOKUMEN MAKLUMAT DIRI YANG DIKATAKAN ADALAH HASIL DARI SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN YANG BERJAYA DITANGKAP KELMARIN.
KEPALA BATAS - Dua lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah kedai di Taman Bertam Ria di sini kira-kira jam 6.45 petang semalam.
Kedua-dua lelaki warga India itu pekerja di sebuah restoran dan tinggal di tingkat dua rumah kedai berkenaan yang dijadikan asrama pekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki itu dijumpai rakan mereka yang juga pekerja restoran sama sebelum memaklumkan kepada polis.
"Restoran itu terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah kedai yang disewa majikan bagi menempatkan tujuh pekerja warga India yang mempunyai permit kerja yang sah.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa pertama dikenali sebagai Mubarak Ali, 28, didapati dibunuh Azad Mubarakbhai, 26, yang kemudiannya ditemui tergantung pada besi pencangkuk kipas siling.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita dapati mayat Mubarak dalam keadaan terbaring di bilik air dipercayai dibunuh terlebih dahulu oleh Azad yang kemudiannya ditemui tergantung pada besi pencangkuk kipas siling.
"Pemeriksaan di rumah kedai tersebut juga mendapati keadaannya berselerak dipercayai berlaku pergelutan di bilik belakang iaitu berhadapan dengan bilik air di mana mayat Mubarak dijumpai," katanya ketika dihubungi semalam.
Noorzainy berkata, beberapa kesan tompokan darah turut ditemui dalam bilik pertama hingga ke bilik belakang selain pada dinding berdekatan bilik air dipercayai berlaku pergelutan antara kedua-dua mangsa sebelum berlaku pembunuhan.
"Difahamkan kedua-dua mangsa bertengkar ketika sedang bersiap ke tempat kerja berikutan mayat mangsa ditemukan berpakaian uniform kerja dan mayat mereka ditemui rakan sekerja yang pulang ke rumah kedai terbabit untuk mencari kedua-dua mangsa.
"Mereka sepatutnya masuk kerja jam 5 petang namun tidak kelihatan menyebabkan majikan meminta rakan mereka mencari mangsa. Mubarak bekerja di restoran itu selama lima tahun sebagai penebar roti canai manakala Azad baru enam bulan bekerja sebagai tukang cuci.
Menurutnya, daripada keterangan majikan, kedua-dua mangsa kerap bergaduh kerana sering mengata antara satu sama lain, namun tidak serius
"Polis turut menemui sebilah pisau berukuran 34 sentimeter yang terdapat kesan darah di atas meja berhampiran mangsa tergantung," katanya.
Noorzainu berkata, mangsa didapati mempunyai empat luka tikaman pada bahagian perut dan lima luka hirisan di bahagian lengan iaitu atas siku sebelah kiri dipercayai kerana mempertahankan diri manakala tiada kecederaan pada tubuh Azad.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan laporan bedah siasat mengesahkan Mubarak meninggal dunia kerana pendarahan serius akibat tikaman manakala Azad kerana kesan tergantung.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
KOTA KINABALU, — Kerajaan negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, termasuk dalam aspek pembahagian bantuan kerajaan kepada masjid mahupun gereja, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. “Saya Ketua Menteri Sabah untuk semua kaum dan agama. Saya bukan Ketua Menteri satu kaum atau agama tertentu sahaja,” katanya pada satu persidangan media selepas merasmikan Bangunan Baharu Perpustakaan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan timbalan menterinya Datuk Wilfred Madius Tangau menerusi catatan Facebook baru-baru ini bahawa 38 tahun lalu, seorang pemimpin kerajaan negeri Sabah berada di Tambunan bagi mengadakan upacara pengislaman beramai-ramai secara ugutan.
Catatan Wilfred Madius itu dibuat bagi membandingkan kehadiran Mohd Shafie pada hari yang sama di Tambunan yang memberi peruntukan RM1 juta kepada sebuah gereja di daerah itu, dan ia mengundang pelbagai reaksi beberapa pihak termasuk UMNO Sabah yang mempertikaikan kenyataan itu.
KOTA KINABALU, 25 Julai (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu perpustakaan di negeri ini dilengkapi dengan buku yang mencukupi dan ada bahan rujukan untuk menarik kehadiran pengunjung.
Menurut beliau ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam menggalakkan budaya membaca kalangan masyarakat dan menjadi sumber rujukan kepada pelajar di universiti serta penyelidik.
“Kalau Perpustakaan mempunyai buku yang baik dan ada sumber rujukan seperti Jurnal, masyarakat termasuk pelajar dan penyelidik akan mengunjunginya untuk mendapatkan bahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perpustakaan Negeri Sabah di Tanjung Aru di sini, hari ini.
Perpustakaan itu yang dibuka pada 1 April lepas dibina dengan kos RM40 juta hasil tajaan dua syarikat iaitu Sabah Development Bank Berhad dan Lahad Datu Water Supply Sdn Bhd.
Keunikan reka bentuk bangunan ini, hiasan dalaman dan ruangan moden menjadi tarikan kepada masyarakat untuk datang ke perpustakaan ini.
Mohd Shafie berkata kerajaan negeri akan memastikan setiap daerah ini negeri ini mempunyai bangunan perpustakaan sendiri.
Katanya pada masa ini, pembinaan bangunan baharu perpustakaan di cawangan Kinabatangan sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.
Katanya pembinaan bangunan baharu perpustakaan cawangan Kunak dan Tenom telah diluluskan dibawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas.
KOTA KINABALU, 25 Julai (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri Sabah membuka ambilan 750 guru interim baharu pada tahun ini sebagai inisiatif menangani masalah kekurangan guru di negeri ini.
Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata daripada jumlah itu, 130 guru interim Pendidikan Islam dan 166 guru interim pelbagai opsyen lain telah dilantik.
“Kami masih mencari lebih kurang 454 guru interim untuk dilantik pada tahun ini. Justeru kami amat mengalu-alukan graduan untuk membuat permohonan khususnya pemegang ijazah pertama yang belum mempunyai pekerjaan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelantikan dan Penempatan Guru Interim Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Siri Satu 2019, di sini hari ini.
Seramai 166 guru interim baharu yang berjaya melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) serta lulus temu duga telah menerima surat tawaran pelantikan pada majlis itu dan mula bertugas pada 1 Ogos ini.
Menurutnya dasar 90 peratus guru tempatan dan 10 peratus guru luar yang mengajar di Sabah ketika ini juga semakin tercapai.
Katanya sehingga kini peratusan guru tempatan di Sabah adalah 94 peratus bagi sekolah rendah dan 98 peratus bagi sekolah menengah.
“Namun kami menjangka lebih ramai guru dari Semenanjung akan kembali ke tempat asal dan kami akan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sabah mengisi kekosongan tersebut,” kata Mistirine.
BELURAN: Pemandu kereta pacuan empat roda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 4 Jalan Telupid – Beluran, awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Waimi, 46, beralamat di Kundasang, Ranau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Sementara pemandu lori berumur 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang memandu kereta pacuan empat roda jenis Isuzu sedang dalam perjalanan dari Sandakan.
“Siasatan awak pihak polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa sampai di tempat kejadian telah masuk ke laluan bertentangan di selekoh di Kilometer 4 Jalan Telupid-Beluran,” katanya.
Beliau berkata kereta mangsa telah berlanggar dengan sebuah lori dari arah Telupid sebelum terbabas ke laluannya semula.
“Semasa kejadian itu berlaku, cuaca hujan dan permukaan jalan basah serta licin,” katanya.
Kasim berkata kedua-dua pemandu kenderaan itu tidak disyaki mabuk namun sampel darah diambil bagi tujuan kimia.
Beliau berkata kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 224 gula-gula ‘Ghost Smoke’ bernilai RM122 dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petagas, Putatan, hari ini.
Pengarahnya, Georgie Abas, berkata siasatan mendapati premis berkenaan mendapat bekalan gula-gula itu daripada pemborong di ibu negeri, manakala pembekal utamanya dari Semenanjung.
“Sejak operasi bermula di seluruh negeri semalam, sebanyak 125 premis diperiksa dan ini premis pertama didapati ada menjual gula-gula berkenaan.
“Pemeriksaan akan diteruskan oleh pegawai KPDNHEP di seluruh negeri dan meminta kerjasama pengguna untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak kami menerusi saluran disediakan atau berhubung terus dengan Pejabat Cawangan KPDNHEP terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.
Katanya, KPDNHEP menyediakan sembilan saluran aduan atau pertanyaan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan atau pertanyaan kepada agensi berkenaan, termasuk portal e-aduan KPDNHEP iaitu https://eaduan.kpdnhep.gov.my/; pusat panggilan1-800-886-800 dan WhatsApp di nombor 019-2794317.
Gula-gula Ghost Smoke yang seolah-olah mengeluarkan asap seperti rokok apabila dimakan, viral dalam laman sosial dan menimbulkan kebimbangan ibu bapa terutama apabila ia membabitkan murid sekolah.
TAWAU, 23 Julai – Pelaksanaan semua projek Lebuhraya Pan Borneo yang diserahkan kepada kerajaan negeri akan digerakkan selepas pasukan pengurusan berkaitan lebuh raya itu dibentuk selewat-lewatnya pada September ini.
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata pasukan itu bertanggungjawab terhadap semua kerja-kerja berkaitan lebuh raya berkenaan.
“Semua projek lebuh raya itu termasuk Pakej 15 di Tawau akan diselesaikan apabila terbentuknya (Pasukan Pan Borneo) dan kita ambil alih sepenuhnya projek Pan Borneo,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat organisasi dan pembangunan daerah Lahad Datu, Kinabatangan serta Tawau daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah hotel di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Peter berkata berkemungkinan terdapat sedikit perubahan dalam pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo terutamanya dari segi spesifikasi jalan.
“Misalnya kita nampak kedudukan jalan di sekitar Beluran, Telupid dan Lahad Datu ini digunakan oleh lori-lori berat sehingga menyebabkan jalan rosak.
“Justeru saya meminta di peringkat JKR untuk meneliti dan kemungkinan mencadangkan konkrit ditebalkan atau tambah aspal untuk kualiti jalan raya lebih baik,” katanya lagi.
Sementara itu, katanya kerja-kerja pembinaan empangan Tawau di Gudang Empat, Cinta Mata dekat sini digerakkan semula sejak minggu lalu.
“Empangan ini dijangka siap dalam tempoh empat tahun, menggunakan kontraktor sama,” katanya yang akan membuat lawatan tapak pada 1 Ogos depan.
Dalam pada itu, Peter berkata tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat konsesi berprestasi buruk dalam penyelenggaran jalan raya di negeri ini.
“Ada beberapa kontraktor ini prestasi buruk, kita (kementerian) tunggu laporan penuh daripada jurutera seluruh daerah sebelum kita putuskan tindakan dan saya akan pastikan terdapat pembaharuan, penstrukturan di bawah penyelenggaraan jalan raya di Sabah.
“Kita bukan mahu menganiaya kontraktor yang diambil tindakan, tetapi kita mahu berikan terbaik kepada masyarakat,” katanya.
Tanpa menyatakan bilangan syarikat konsesi bermasalah itu, Peter berkata amaran pernah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi terlibat supaya menjalankan kerja dengan lebih baik.
Peguam kepada Sultan Kelantan yang menceraikan ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Veovodina, mempersoalkan apakah Sultan Kelantan merupakan bapa kandung kepada bayi berkenaan.
Koh Tien Hua yang mewakili Sultan Muhammad V berkata kepada Straits Times, “Tiada bukti objektif yang menunjukkan baginda adalah ayah biologi kepada bayi berkenaan.”
Namun semalam, Rihana memuat gambar dirinya bersama bayi dengan kapsyen “proud Malaysian blood flows in his vein”.
Menurut Koh, pasangan itu bercerai mengikut undang-undang Islam pada bulan Jun lalu dengan talak tiga di hadapan saksi.
Rihana dimaklumkan mengenai perceraian itu pada 22 Jun melalui peguamnya dan sijil perceraian juga telah diserahkan kepadanya.
Tetapi Rihana menegaskan dia tidak mengetahui perkara itu minggu lalu.
“Saya berada di Rusia bersama dengan anak saya. Kami tidak berada di Singapura pada bulan Jun untuk sebarang prosiding perceraian.
Kami tak pernah bercerai,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun 2018 di mana ketika itu Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Gambar majlis perkahwinan yang diadakan di Moscow pada November 2018 tersebar sehingga diketahui pihak media.
Menurut sebuah laporan portal berita luar, Rihana pernah menyertai sebuah program realiti di mana dia dirakam melakukan hubungan intim dengan seorang peserta lelaki di kolam renang.
Pada Januari 2019, Sultan Muhammad V membuat keputusan melepaskan takhta secara mengejut.
Pada 6 Julai, Rihana memuat naik gambarnya dengan suami dan bayi. Namun pada 9 Jun, Rihana memuat naik kapsyen yang tidak diketahui motifnya.
“The man who really loves his woman will do everything for his beloved one. Love and taking care is the base for strong and healthy relationship.
“A good husband will always support and be nice with his wife. Always is interested how does she feel and takes care of her, if she is tired. Always 100% keeps his promises. Always takes responsibility for the family and doesn’t put this responsibility on his wife’s shoulders.
“During pregnancy he would give his wife increased attention, gifts and care. Relationships are based on how can people support and understand each other.
“Family is the result of the work of two people who can give love gratuitously.”
JAKARTA: Kesungguhan tujuh kanak-kanak lelaki yang mahu menyambut korban pada Aidiladha tahun ini, tular di media sosial apabila berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli seekor lembu.
Kanak-kanak berusia 13 tahun bernama Abu Bakar atau dikenali sebagai Iki bersama rakan sepermainannya Zhilal, 11, Sauqi, 11, Fauzan, 11, Sukatma, 12, Zalfa, 12, dan Yudi, 18, berasal dari Kampung Ardio, Cibogor di Bogor Tengah.
Kompas.com melaporkan, tujuh rakan baik itu menyimpan wang Rp5,000 (RM1.50) setiap hari, selama 10 bulan sehingga berjaya membeli seekor lembu berharga Rp19.5 juta (RM5,741).
Menurut Iki, setiap hari selepas pulang dari sekolah, dia mengutip wang daripada rakannya itu untuk disimpan di dalam tabung seperti dirancang mereka.
“Kami hanya ingin berkongsi sembelihan untuk hari raya ini, khususnya dengan penduduk kampung di sini.
“Sebahagian wang ganjaran selepas persembahan nasyid turut diasingkan,” kata Iki pada Kompas.com.
Kanak-kanak daripada lapan adik-beradik itu turut mengasingkan sebahagian wang hasil jualan minyak gasolin bersama kakaknya di Pasar Anyar, bandar Bogor.
Tribun News melaporkan, perasaan bangga turut dikongsi ibunya, Sati, 54, walapun pada mulanya berasa ragu dengan kemampuan anaknya itu.
“Saya jarang memberi wang belanja kepada Iki, tetapi dia sanggup menyimpan wang dengan mengasingkan simpanan yang diperolehnya.
“Saya berharap keikhlasan Iki dan rakannya menjadi contoh dan ikutan kanak-kanak lain,” katanya.
Ibu Fauzan turut menyatakan rasa bangganya dengan anak tunggalnya itu.
Katanya, Fauzan menyisihkan wang belanja Rp5,000 (RM1.50) setiap hari secara rutin bersama enam rakan sepermainan selepas pulang dari sekolah.
Ketua RW kampung Ardio, Ahmad Darmawan berkata, ia kali pertama kanak-kanak di kampungnya itu menunjukkan sikap teladan berkenaan sehingga menjadi inspirasi ramai.
PITAS: Kerajaan diminta mengambil langkah membaiki Jalan Pitas-Paitan yang dalam keadaan terabai dan rosak teruk.
Seorang pemimpin tempatan, Maklin Masiau berkata, laluan yang paling teruk bermula dari Simpang Kanibongan sehingga ke Simpang Kampung Kaindangan.
Keseluruhan, kerosakan teruk dianggarkan sejauh 30km, katanya sambil menambah kerosakan ini sudah berlaku sejak tujuh tahun yang lalu dan sehingga sekarang seolah-olah diabaikan.
“ Tidak nampak kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jalan secara konsisten,“ katanya yang juga bekas calon WARISAN DUN Pitas pada pilihan raya lalu.
“Tidak pasti adakah jalan ini termasuk dalam bidang tugas penyelenggaraan oleh konsesi sedia ada,” katanya. Oleh itu kerajaan perlu tampil dengan tindakan yang konkrit.
Menurutnya, sekiranya jalan ini termasuk dalam konsesi penyelenggaraan maka ini adalah satu kerugian kepada wang rakyat.
“Jalan ini merupakan satu-satunya laluan utama yang menghubungkan utara Sabah, khususnya daerah Pitas dengan Paitan, Telupid, Beluran dan Sandakan. Ribuan pengguna melaluinya setiap hari
“Dari segi komposisi DUN, sebahagian besar jalan raya ini termasuk dalam DUN Sugut,” katanya.
Maklin berkata, laporan dan rungutan para pengguna jalan sudah dikemukakan sejak sekian lama namun tidak ada perubahan.
“Kita mohon Menteri Infrastruktur dan Ketua Menteri membantu menyelesaikan masalah jalan raya ini,” katanya.
KAJANG – Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat seorang wanita gara-gara pasangannya seorang lelaki warga Nigeria tidak memakai kondom, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan laporan yang dibuat oleh wanita terbabit.
“Ya, wanita itu ada hadir buat laporan kelmarin. Siasatan telah dijalankan dan kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam laporan polis yang tular itu, kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki terbabit di sebuah kondominium di Cheras kira-kira jam 1 pagi Sabtu lalu.
Awalnya, wanita itu mengenakan syarat kepada pasangannya supaya menggunakan kondom untuk melakukan hubungan intim.
Bagaimanapun, lelaki terbabit telah menanggalkan kondomnya sebelum meneruskan ‘aksi’ tanpa memaklumkan kepada wanita tersebut.
Wanita berusia lingkungan 30-an yang terkejut dengan tindakan pasangannya itu kemudian dikatakan tidak berpuas hati dengan perkara terbabit atas alasan bimbang dengan jangkitan penyakit HIV.
Susulan itu, wanita terbabit bertindak membuat satu laporan polis pada hari kejadian
Sudah jadi lumrah bagi anak muda berlumba-lumba untuk memiliki kerjaya dan menjalani kehidupan yang stabil.
Namun masih ada individu yang secara sukarela melakukan kerja-kerja sosial untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
Menjadi pengembara sepenuh masa adalah pilihan buat Muhammad Khairul Jamain setelah hampir empat tahun mengelilingi dunia dengan melakukan kerja-kerja sosial.
Antara yang dilakukan Muhammad Khairul atau mesra disapa Khairul adalah berkampung selama empat bulan di Lautan Celebes, Semporna bagi menyumbang ilmu kepada komuniti Bajau Laut.
“Saya mula mendekati komuniti Bajau Laut pada Mac tahun ini dan mengajar mereka secara perlahan-lahan selepas dua bulan bersama mereka.
“Dalam seminggu, dua atau tiga kali saya bersama rakan akan ke tempat mereka menaiki bot kecil dan kebiasaannya perjalanan ambil masa antara 30 hingga 50 minit.
“Setiap bulan saya akan keluarkan kos sebanyak RM400 bagi pengangkutan pergi dan balik.
“Saya tumpang rumah salah seorang komuniti untuk mengajar pada waktu pagi dan lebih mengajar mereka tentang soal kehidupan dahulu seperti melukis, bercerita dan kadang-kala menyanyi,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Pemuda berusia 26 tahun ini memberitahu pada awalnya proses pengajaran agak sukar kerana mereka kurang didedah tentang kepentingan pendidikan.
Suku pribumi Bajau Laut
Namun ia bukanlah penghalang buatnya untuk terus menyumbangkan tenaga kepada komuniti itu yang merupakan suku pribumi ketiga terbesar di Sabah dan menetap di timur negeri berkenaan di mana aktiviti harian mereka adalah menternak, bertani dan menangkap ikan. Baca lebih lanjut di
Tambah Khairul, komuniti Bajau Laut yang diajarnya berusia dalam lingkungan lima ke 15 tahun dan mereka sememangnya menunjukkan minat untuk belajar tetapi jelas tidak diberi peluang dan dipandang rendah dalam kalangan masyarakat.
“Ada yang mahu belajar tapi selepas 15 minit, dia berlari pergi tangkap ikan. Ada yang bergaduh dan tidak tahu apa-apa tetapi ada juga yang takut untuk pegang pensil sebab tidak tahu kegunaannya.
“Pada awalnya mereka tidak mahu bercakap dengan saya, tapi saya terus bersembang walaupun tidak mendapat respons dan lama kelamaan mereka mula berbual dengan saya.
“Dulu masa mula-mula nak mendekati mereka, hampir setiap hari saya datang ke pulau walaupun mereka tak layan saya dan kini mereka mampu terima saya.
“Kadang kala saya bawa buah tangan kepada mereka,” kata pemuda berasal dari Sitiawan, Perak ini.
Namakan anak Khairul
Bagi memudahkan komunikasi sesama mereka, kedua-dua pihak menggunakan bahasa Melayu baku.
Menceritakan kisah dirinya, Khairul yang merupakan pengembara sepenuh masa sebenarnya pernah menjejakkan kaki di Semporna buat pertama kali pada 2017.
Kini hampir empat bulan berada di Semporna, Khairul banyak mengenali budaya masyarakat Bajau Laut dan mahu terus menyumbang kepada komuniti berkenaan.
“Bagi saya, kerja sosial bukan untuk mengejar pangkat atau duit, cukuplah sekadar senyuman atau ucapan terima kasih dari mulut mereka.
“Tambah pula kali ini salah seorang komuniti Bajau Laut bernama Kamaliti menamakan anaknya ‘Khairul’ sempena nama saya… jujur saya memang terharu dan menghargainya.
“Paling manis apabila setiap kali saya datang, anak-anak Bajau Laut ini akan berlari ke jeti sebaik nampak kelibat saya dalam bot, mereka memang menanti kehadiran saya,” katanya.
Sebahagian komen oleh netizen pada posting yang dimuat naik Khairul di Facebook miliknya.
Malahan, Khairul juga merancang untuk membuka sekolah atau pondok belajar untuk mereka dan mahu mengajar mereka menjana pendapatan.
Selain Semporna, Khairul juga pernah membantu komuniti di Bagan Datuk dan Sandakan bergantung kepada keperluan tempat berkenaan.
Selama empat tahun mengembara mengelilingi dunia, Khairul melakukan kerja sosial bagi membantu masyarakat yang memerlukan bukan sahaja di Malaysia, juga di negara seperti Afrika, Kenya dan Jepun.
Khairul mula berjinak dalam aktiviti kerja sosial sejak 2012. Posting yang dimuat naik Khairul di Facebook miliknya mendapat perhatian netizen sehingga memperoleh hampir 800 perkongsian.
TAMBUNAN: Perbalahan tentang isu agama dan bangsa perlu dielakkan demi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua kaum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pergaduhan tentang kedua-dua perkara itu hanyalah sia-sia jika akhirnya rakyat tetap menderita kerana pemimpin yang dilantik tidak melakukan kerja.
“Jangan berpecah, jangan berbalah antara orang Islam dengan Kritsian, Dusun dengan Bajau atau dengan kaum Kedayan, kita semuanya orang Sabah jangan buang masa gaduh pasal agama.
“Tiada gunanya kita bergaduh pasal bangsa pasal agama tetapi kita tiada kerja, anak tiada rumah, tiada tanah dan tiada duit, apa erti kita hari-hari berteriak sana sini itu agama saya itu bangsa saya ini tiada guna,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Pisompuruan Square hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick serta pimpinan negeri dan kira-kira 4,000 rakyat Tambunan daripada pelbagai kaum.
Mohd. Shafie berkata, isu agama dan perkauman sepatutnya tidak wujud sebaliknya rakyat perlu menerima pemimpin yang dilantik asalkan individu tersebut mampu menunaikan amanah dengan baik demi rakyat.
Beliau memberikan contoh di Semporna apabila Pegawai Daerah yang dilantik berasal dari Tambunan dan merupakan penganut Kristian sedangkan kawasan berkenaan adalah majoriti Islam, namun disebabkan kemampuannya berkerja maka pelantikan berkenaan dilakukan.
“Kita tahu dalam hati kita sayang bangsa, agama kita tetapi itu urusan dengan Tuhan, kita juga tahu rakyat Sabah perlu bersatu jangan berpecah kerana kalau berpecah kita tidak dapat bangunkan negeri.
“Kalau kita bersatu kita boleh majukan Tambunan, Keningau dan negeri Sabah, tiada guna wakil rakyat bangsa kita sendiri kalau tidak pandai buat kerja,” tegasnya.
Tular di media sosial satu klip video seorang remaja perempuan memijak senaskah al-Quran bagi membuktikan dia telah melakukan hubungan seks.
Klip video berdurasi 3 minit 13 saat itu menunjukkan remaja terbabit sejak memijak al-Quran sambil dirakam rakannya, di sebatang jalan di sebuah kampung.
Laporan Utusan Online, gadis itu disoalkan oleh dua rakannya apakah dia sudah melakukan persetubuhan dan meminta dia membuat pengakuan bersumpah dengan memijak senaskah al-Quran yang diletakkan di atas jalan.
KUALA LUMPUR: Kegagalan melakukan kegiatan seharian termasuk menguruskan kerja dan hal kehidupan dalam tempoh 14 hari adalah petanda awal kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata persoalan dikaitkan dengan penyakit mental bukan hanya berkisar kepada keadaan kronik seperti psikosis, skizofrenia dan neurosis yang jelas diperkatakan dalam bidang perubatan.
Katanya, isu lebih mencabar ketika ini terarah kepada keperluan untuk merungkai masalah kesihatan mental yang dengan kata lain merangkumi kategori kemurungan, tekanan dan keresahan.
“Jika cabaran (kesihatan) mental ini tidak ditangani, ia pasti mengundang kesan terhadap kebolehan menjalankan kegiatan seharian.
“Apa yang dikatakan kemurungan itu mengikut takrifan kami ialah 14 hari jika tidak boleh menjalankan tugasan seharian.
“Jadi, cabaran sangat besar untuk masalah kesihatan mental ini ditangani pada skala nasional menerusi pelan tindakan khusus,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Hassan Bahrom (PH-Tampin) mengenai langkah mengurangkan penularan stigma masyarakat terhadap penyakit mental, memandangkan masalah itu bakal menjadi isu kesihatan kedua terbesar menjelang 2020 bagi rakyat Malaysia.
Menjawab soalan asal Hassan berhubung usaha menangani masalah kesihatan mental rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan, Dr Dzulkefly berkata, kempen kesedaran berskala nasional, ‘Let’s Talk Malaysia’ adalah inisiatif baharu kendalian kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Diadakan pada setiap Oktober, beliau berkata, ia bertujuan memupuk kesedaran rakyat mengenai kepentingan kesejahteraan kesihatan minda, selain membanteras stigma terhadap kesihatan mental.
“Sebuah Pelan Strategik Kesihatan Mental Nasional 2019-2025 yang merangkumkan peruntukan berkaitan akan dilancarkan September ini,” katanya.
Seorang wanita terpaksa menanggung kecederaan kekal selepas wajahnya dipukul suami dengan menggunakan dumbbell kerana berang dibebel oleh mangsa.
Kehidupan Aimee Dixon musnah selepas dia disahkan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.
Mangsa yang berusia 37 tahun terpaksa pasrah dengan nasib yang menimpanya di mana setiap hari dia mengalami kesukaran untuk makan dan minum.
Sehingga kini, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital, lapan bulan selepas kejadian yang menakutkan itu.
Si suami, Andrew Dixon, 35, tergamak menyerang isterinya sendiri kerana menyangka mangsa sedang membebel menyuruh dia makan ubat. Andrew didakwa di mahkamah atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya pada 18 November lalu.
Namun dia disahkan mengalami masalah gangguan mental dan tidak dapat hadir ke mahkamah serta memberi arahan kepada peguamnya.
Pihak pendakwa raya mendakwa Andrew berkemungkinan menggunakan dumbbell atau batang besi untuk menyerang mangsa sekurang-kurangnya tiga kali di bahagian muka dan kepala ketika kejadian itu.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala termasuk retak dan lebam serta pendarahan di bahagian otak.
Kejadian itu juga menyebabkan mangsa masalah fizikal dan emosi termasuk menjejaskan pertuturannya.
Pendakwa Raya Geraldine Kelly berkata, “Aimee Dixon masih berada di hospital, dia mengalami kecederaan otak dan tidak akan mampu hidup secara normal.
“Meskipun dia beransur pulih, tetapi dia mengalami kesukaran untuk bercakap, minum dan menelan serta beberapa lagi perkara lain yang memerlukan bantuan untuk bergerak,” katanya.
Sementara itu, Andrew didapati menghidap paranoid schizophrenia dan dipindahkan ke Penjara Doncaster pada 20 Mei lalu.
Doktor berkata, Andrew memerlukan rawatan dan pemulihan. Selain itu dia terlalu berisiko untuk dibiarkan berada di tempat awam.
KOTA KINABALU, 17 Julai – Rakyat Malaysia menunjukkan kematangan demokrasi apabila Parlimen meluluskan undi bersejarah untuk menurunkan had umur layak mengundi di negara ini daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
“Ia adalah undi bersejarah di mana anggota parlimen berdiri teguh dalam satu suara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan pada Selasa untuk membolehkan generasi muda kita melaksanakan peranan lebih penting dalam pembinaan negara,” kata Jo-Anna Sue Henley Rampas, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata proses untuk menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun dilihat sebagai kejayaan besar dalam sejarah masyarakat Malaysia.
“Ia akan meremajakan Malaysia. Perspektif baharu ini akan merangsang tsunami anak muda untuk melaksanakan peranan dinamik dalam pertubuhan politik.
“Semangat peremajaan dalam landskap politik di rantau ini akan wujud dengan menyuntik tenaga baharu dalam proses penggubalan dasar,” kata Jo-Anna, yang juga timbalan ketua Wirawati Parti Warisan Sabah
KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick mahu senarai nama ketua isi rumah miskin dalam sistem pangkalan data e-Kasih perlu dikaji semula bagi memastikan program bantuan rakyat termiskin sampai kepada golongan sasar yang layak.
Ini kerana pihaknya menerima beberapa aduan berhubung individu layak tidak tersenarai sebagai penerima e-Kasih sebaliknya mereka yang tidak layak menerima bantuan apabila tersenarai dalam sistem pangkalan data berkenaan.
“Justeru, saya mahu pasukan bergerak di setiap pejabat daerah diketuai pegawai daerah masing-masing memperkasakan lagi aktiviti lawatan verifikasi di semua rumah supaya isu ini dapat diatasi sekali gus memastikan hanya golongan selayaknya menerima bantuan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ewon berkata Kerajaan Negeri bersetuju mekanisme sedia ada bagi memproses permohonan e-Kasih dikekalkan, bagaimanapun, lawatan verifikasi di setiap daerah juga perlu lebih proaktif dalam memastikan setiap individu membuat permohonan itu adalah individu layak berdasarkan syarat dan kriteria ditetapkan.
Lawatan verifikasi ke setiap rumah juga mampu membantu jabatan dan agensi kerajaan berkaitan mengenal pasti permasalahan dihadapi setiap keluarga isi rumah miskin sekali gus menentukan jenis bantuan disalurkan kepada mereka.
“Hasil lawatan verifikasi ini juga boleh digunakan ke arah memperkasakan lagi dasar dan program membasmi kemiskinan sedia ada serta memperkenal inisiatif baharu memandangkan kemiskinan masih menjadi isu besar yang perlu ditangani secara efektif oleh kerajaan,” katanya.
Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 9 bangunan flat di Rusia ketika melakukan hubungan intim, namun pasangannya masih hidup selepas terjatuh di atas teman wanitanya itu.
Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui mati di tingkat bawah bangunan tersebut di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu.
Menurut jiran yang juga saksi kejadian itu berkata, terdahulu mereka ternampak sebuah televisyen dicampak keluar dari tingkap kediaman selepas mangsa dan pasangannya berusia 29 tahun terjatuh ke tingkat bawah. Difahamkan, mangsa terjatuh dan maut serta-merta.
Tetapi lelaki terbabit terjatuh di atas teman wanitanya sebelum bangkit semula dan kembali menyertai parti liar itu.
Polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi oleh saksi.
Laporan awal menyangka mangsa mati akibat ditimpa televisyen, tetapi gambar di tempat kejadian menunjukkan dengan jelas mangsa dalam keadaan separuh bogel dari pinggang ke bawah.
Polis percaya pasangan itu sedang melakukan hubungan intim di beranda sebelum terjatuh. Ketika kejadian, terdapat dua lelaki berada di kediaman itu tetapi tidak terlibat dalam kes tersebut.
Baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan seorang gadis yang teruja melihat anak patung di salah satu pusat beli belah, sambil gelagat manjanya dirakam oleh teman lelaki.
Namun, aksi terlebih manja dengan gaya percakapan yang seakan-akan pelat telah membuat dirinya menjadi bahan kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sebagai gedik.
Suara saya memang kecil dan manja
Gadis tersebut yang mahu dikenali sebagai Eyta Juwita atau nama sebenarnya Sri Juwita Judding, 22, boleh dikategorikan sebagai Instafamous kerana memiliki 168 ribu pengikut, maka tidak hairanlah videonya itu menjadi viral.
Menurutnya, mengenai suaranya yang dikatakan manja itu, dia mengakui bahawa memang sejak dari dahulu lagi dia mempunyai suara agak kecil.
KOTA KINABALU, 17 Julai – Pemohon layak bagi tiga projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina di Sabah dijangka boleh memasuki kesemua unit rumah itu dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu berkata tiga projek PPR berkenaan ialah PPR Merotai di Tawau; PPR Kota Marudu; dan PPR Gayang I di Tuaran, dengan setiap PPR masing-masing menawarkan 470 unit rumah, 420 unit rumah dan 418 unit rumah.
“Permohonan bagi ketiga-tiga PPR ini sudah ada dan kini sedang dalam proses saringan. Pemilihan pemohon yang layak berdasarkan syarat serta kriteria ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memo penyerahan tiga projek PPR itu di sini, hari ini.
Memo penyerahan itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Dr Alauddin Sidal serta Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masnah Matsaleh.
Jaujan berkata terdapat tiga lagi projek PPR sedang dalam perancangan untuk dibina di Sabah, namun lokasinya masih belum dapat dimaklumkan.
Beliau berkata Sabah adalah antara negeri yang menerima banyak peruntukan bagi pembinaan rumah PPR sejak 2001 hingga tahun ini.
Menurut Jaujan d????alam tempoh itu, 30 projek PPR telah siap dibina manakala tujuh masih dalam kerja-kerja pembinaan dengan kesemuanya melibatkan 25,449 unit rumah.
Mengenai skim sewa untuk beli, Jaujan berkata kerajaan Sabah telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan pusat supaya mempertimbangkan konsep tersebut untuk diaplikasikan dalam setiap PPR yang ditawarkan kepada rakyat di negeri ini.
“Saya yakin kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan prihatin yang akan melihat keperluan rakyat dalam memastikan konsep ini diterjemahkan di semua PPR di Sabah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jaujan berkata kementeriannya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan pemalsuan kad kesihatan pengendali makanan di Ranau, namun, pihaknya akan mengambil perhatian perkara itu untuk siasatan lanjut.
Pada Isnin, polis Sabah menumpaskan kegiatan pemalsuan kad kesihatan pengendali makanan di Ranau berikutan penangkapan seorang pembantu perubatan Jabatan Kesihatan berusia 37 tahun.
Siasatan kes video lucah hubungan sejenis membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengambil masa yang agak panjang kerana perlu dilakukan secara berhati-hati.
Ini disebabkan bahan bukti dan maklumat berkaitan perlu dikumpulkan sebelum sesuatu tindakan susulan diambil, termasuk merakam percakapan beberapa individu yang dapat membantu siasatan.
“Kes video (lucah) ini rumit kerana membabitkan ahli politik. Jadi, kita perlu berhati-hati dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bersalah dan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
“Malah, faktor kertas siasatan yang sebelum ini sudah dua kali dihantar kepada pejabat Peguam Negara dan dikembalikan semula kepada PDRM bersama arahan tertentu yang baharu turutm menyebabkannya mengambil sedikit masa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, proses siasatan mengambil masa yang agak panjang kerana perlu diperhalusi dan dikemaskini dari semasa ke semasa susulan bukti dan maklumat baharu yang diperoleh.
“Ingin ditegaskan bahawa siasatan tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana banyak perkara perlu diteliti bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diputuskan pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan dalam tempoh terdekat hasil soal siasat ke atas enam individu ditahan malam kelmarin, termasuk Haziq.
Ia berikutan dalam setiap tangkapan dilakukan, pasti ada petunjuk baharu sehingga membolehkan dalang utama di sebalik pembikinan dan penyebaran video lucah itu, yang tersebar sejak 11 Jun lalu, dikenal pasti.
TAWAU,16 Julai: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua lelaki warga asing yang cuba masuk ke negara ini secara haram dengan manaiki bot penambang di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imegresen dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini , pagi tadi.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, lelaki berumur 20 dan 21 tahun itu ditahan pada 9.00 pagi selepas diperiksa anggota bertugas Ops Gelora kerana berkeadaan mencurigakan.
“Operasi yang tertumpu di bahagian kenaikan laut CIQ Lama itu mendapati dua lelaki berkeadaan mencurigakan mendarat di kawasan terbabit dengan menggunakan bot penambang dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik.
“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah untuk berada di negara ini selain pengakuan lisan mendapati mereka masuk ke negara ini bagi mencari pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kedua-dua tahanan dibawa balik ke Pangkalan PPM Tawau dan kes akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Seorang remaja perempuan maut selepas tercekik 3 biji Tapioca Pearls dalam kejadian di China.
Terdahulu remaja perempuan tersebut membeli secawan minuman boba tea dengan abangnya pada 30 Jun lalu ketika dalam perjalanan ke rumah rakan mereka.
Apabila dua beradik itu tiba di lokasi, mangsa secara tiba-tiba mengalami masalah sukar bernafas dan tangannya mula berubah menjadi kehitaman kerana kekurangan oksigen sebelum tidak sedarkan diri.
Mangsa dibawa ke hospital dan doktor melakukan bantuan pernafasan (CPR) agar dia dapat bernafas kembali. Malangnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat tercekik bebola kayu ubi (tapioca pearls). Sebanyak tiga biji ‘pearls’ tersangkut di bahagian trakea mangsa yang menyebabkan saluran pernafasannya tersumbat lalu menyebabkan mangsa tercekik.